Untuk anak 4 hingga 8 tahun

Tukar Screen Time Anak Kepada Masa Bermain & Belajar.

KIDDO ialah dunia permainan interaktif untuk anak 4 hingga 8 tahun, tempat anak boleh bermain, meneroka dan belajar dengan lebih bermakna.

⭐ Harga Pelancaran

Harga asal RM39.90.RM29.90

Bayar sekali sahaja.
Akses KIDDO seumur hidup.

  • Tiada iklan
  • Tiada pembelian dalam aplikasi
  • Sekali bayar, tiada pembaharuan

Rakaman sebenar dari dalam KIDDO

Lihat Apa Yang Anak Boleh Buat Dalam KIDDO

Bukan mockup, bukan lakonan. Ini KIDDO yang sebenar, dimainkan di telefon. Kira, padan, kenal huruf dan perkataan, jumpa haiwan, dan banyak lagi.

Dalam KIDDO, Anak Boleh…

  • Padan Ingatan: kad KIDDO dan FOXY dipadankan, setiap satu dengan tanda betul hijau.

    Bermain

    Permainan interaktif yang menyeronokkan.

  • Jelajah Bahasa Inggeris: mengeja NEST dan memilih huruf yang hilang.

    Belajar

    Aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak.

  • Jelajah Dunia: FOXY mengajak anak mengenali dunia dengan butang “Jom cari tahu!”.

    Meneroka

    Terokai dunia dan temui perkara baharu.

  • Jelajah Nombor: mengira oren di padang dan memilih jawapan yang betul.

    Menemui

    Kenali nombor, perkataan, bentuk, warna dan abjad.

Mungkin ini rumah anda juga

Kalau Anak Dah Terlalu Biasa Dengan Screen…

Kadang-kadang kita bagi screen sebab nak anak duduk diam sekejap. Tapi bila dah sampai masa nak berhenti, semuanya jadi lebih susah.

  • Seorang anak kecil menghulur tangan meminta telefon daripada orang dewasa di ruang tamu.

    Anak Asyik Minta Phone

    Baru sekejap tak pegang phone, dah mula tanya bila boleh guna lagi.

  • Seorang anak duduk rapat dengan tablet, menonton video kartun satu demi satu.

    Asyik Tengok YouTube

    Satu video jadi dua, dua jadi sepuluh. Tiba-tiba dah lama masa berlalu.

  • Seorang ibu memerhati anaknya yang sedang menggunakan telefon, dengan wajah teragak-agak.

    Parent Pun Rasa Serba Salah

    Nak bagi anak guna teknologi, tapi dalam masa yang sama risau apa yang mereka tengok dan buat.

  • Seorang anak enggan melepaskan tablet apabila tiba masa untuk berhenti.

    Susah Nak Berhenti

    Bila tiba masa tutup screen, mula meragam, menangis atau minta “5 minit lagi”.

Bezanya di sini

YouTube Tak Pernah Habis. KIDDO Ada Tujuan.

Anak mula dengan satu video. Kemudian satu lagi. Dan satu lagi. KIDDO direka sebaliknya: setiap aktiviti ada tujuan dan penghujung.

YouTube & video

  • Video berterusan, tiada penghujung
  • Anak hanya menonton
  • Video seterusnya sukar dikawal
  • Cadangan video terus menarik perhatian
  • Screen time mudah berpanjangan

KIDDO

  • Aktiviti interaktif
  • Anak bermain sambil belajar
  • Dunia yang direka untuk penerokaan
  • Tiada iklan
  • Tiada pembelian dalam aplikasi
  • Setiap aktiviti ada tujuan dan penghujung

Bukan buang screen time. Tukar apa yang berlaku dalam screen time.

Bukan satu lagi aplikasi video

Dunia Kecil Yang Anak Boleh Teroka

KIDDO bukan app permainan biasa. Ia dunia kecil yang anak masuk sendiri, dengan tempat, kawan dan aktiviti untuk diterokai.

Anak rasa macam bermain.Parent tahu mereka sedang belajar.

Tiga dunia kecil, setiap satu dengan tempat dan kawannya sendiri.

  1. Dunia satu

    Taman Mengira

    bersama WALLY

    Anak mengenal nombor melalui epal, bunga dan batu kecil di dalam sebuah taman.

    Mengira benda, mengenal nombor dan mencari nombor yang diminta.

    • Kira Epal: Kira benda di dalam taman dan pilih berapa banyak.
    • Kira Bunga: Kumpulan yang lebih besar untuk dikira, dan beberapa pilihan lagi.
    • Cari Nombor: Kenal nombor mengikut namanya dan cari nombor yang KIDDO minta.
    Kira Epal: KIDDO bertanya berapa banyak yang boleh dikira, di atas taman dengan papan nombor berdiri di rumput.
    Kira Epal: KIDDO bertanya berapa banyak yang boleh dikira, di atas taman dengan papan nombor berdiri di rumput.
  2. Dunia dua

    Pengembaraan Haiwan

    bersama FOXY

    Anak berjumpa haiwan, belajar di mana setiap satu tinggal, dan menghantar mereka pulang.

    Nama haiwan, bunyi dan anaknya, tempat tinggalnya dan makanannya.

    • Cari Rumah: Hubungkan setiap haiwan dengan tempat tinggalnya, dan lihat ia pulang.
    • Siapa Tinggal Di Sini?: Namakan haiwan, dengar bunyinya dan temui anaknya.
    • Darat atau Laut?: Tempat tinggal, makanan, serta darat dan air.
    Cari Rumah: haiwan di sebelah sini, rumah mereka di sebelah sana, menunggu untuk disambungkan.
    Cari Rumah: haiwan di sebelah sini, rumah mereka di sebelah sana, menunggu untuk disambungkan.
  3. Dunia tiga

    Dunia Perkataan

    bersama BIBI

    Anak membuka buku cerita dan menjumpai huruf, rima dan bunyi di atas halamannya.

    Huruf, rima, dan bunyi di awal dan di akhir perkataan.

    • Pengembaraan Abjad: Cari huruf yang KIDDO sebut, huruf besar dan huruf kecil.
    • Kawan Berima: Hubungkan perkataan yang sama bunyinya di hujung.
    • Temui Perkataan: Bunyi awal, bunyi akhir dan melengkapkan perkataan.
    Kawan Berima: dua halaman buku cerita terbuka dengan perkataan di kiri dan kanan untuk dipadankan.
    Kawan Berima: dua halaman buku cerita terbuka dengan perkataan di kiri dan kanan untuk dipadankan.

Bukan satu permainan sahaja

Banyak Lagi Untuk Diterokai

Selain tiga dunia itu, ada 8 permainan lagi menunggu di laman utama anak, setiap satu dengan kawan, gambar dan aktivitinya sendiri.

  • Padan Ingatan

    Cari kawan yang sepadan!

  • Jom Cari!

    Boleh awak cari yang betul?

  • Jelajah Nombor

    Jom main dengan nombor!

  • Jelajah Bahasa Inggeris

    Jom main dengan huruf dan perkataan!

  • Jelajah Logik

    Jom fikir bersama-sama!

  • Jelajah Bentuk & Warna

    Jom tengok betul-betul!

  • Jelajah Padanan

    Cari kawan yang berpasangan!

  • Jelajah Dunia

    Jom kenali dunia!

Cara ia berfungsi

Empat langkah, itu sahaja.

Anak boleh mula sendiri. Tiada tutorial panjang, dan tiada apa-apa untuk anak log masuk.

  1. 1

    Anak pilih adventure

    Buka laman utama dan pilih dunia yang dia nak masuk hari ini.

  2. 2

    Anak explore dan siapkan aktiviti

    Setiap aktiviti ialah satu pusingan pendek lima soalan, di dalam dunia itu sendiri.

  3. 3

    Anak belajar sambil bermain

    Mengira, memadan dan mengenal perkataan. Setiap aktiviti yang siap tinggal di dalam dunianya.

  4. 4

    Parent nampak perkembangan

    Ruang ibu bapa menyenaraikan apa yang diteroka, apa yang seterusnya dan apa yang dilatih.

Untuk ibu bapa

Untuk Anak Seronok. Untuk Ibu Ayah Lebih Tenang.

Screen time tetap ada. Yang berubah ialah apa yang berlaku di dalamnya.

Ibu Ayah Pun Tahu Apa Yang Anak Buat.

Pantau aktiviti dan perkembangan pembelajaran anak, tanpa perlu meneka apa yang berlaku sepanjang screen time.

Papan pemuka ibu bapa KIDDO: satu sapaan, perjalanan anak dalam tiga nombor, dan satu kad kemajuan untuk setiap dunia.
Ruang ibu bapa, separuh jalan dalam satu perjalanan.
  • Tak perlu lawan screen time setiap hari.

    Setiap pusingan ada penghujungnya, jadi lebih senang nak cakap “satu lagi, lepas tu kita stop”.

  • Anak masih dapat pengalaman yang menyeronokkan.

    Dunia, kawan dan aktiviti yang dia sendiri nak buka.

  • Screen time boleh jadi masa untuk belajar dan explore.

    Nombor, haiwan dan perkataan, semuanya dibuat sambil bermain, bukan sambil menghafal.

  • Parent lebih yakin dengan apa yang anak lakukan.

    Tiada iklan, tiada video yang main sendiri, dan tiada apa-apa untuk dibeli di dalam.

Kata ibu bapa

Kenapa Ibu Ayah Pilih KIDDO?

Dalam bahasa mereka sendiri, tanpa diubah.

  • Sejak guna KIDDO, anak saya dah tak asyik minta YouTube macam dulu. Yang saya suka, dia masih seronok dengan screen time tapi sekarang sambil belajar dan buat aktiviti yang lebih berfaedah.
    Anis
  • With two children, choosing what to watch was always a battle. One wanted cartoons, the other wanted YouTube. KIDDO gave them something they could both enjoy, while still learning at their own pace.
    Joyce Lin
  • Saya paling suka konsep KIDDO sebab anak saya rasa macam sedang bermain, tapi sebenarnya dia sedang belajar. Sebagai ibu, saya rasa lebih tenang bila bagi dia screen time.
    Aini
  • I used to think screen time was either something I had to allow or something I had to restrict. KIDDO showed me there’s another option. The screen can actually be part of a healthy learning experience when the content is designed well.
    Allan
  • Dulu bila suruh berhenti YouTube memang susah. Sekarang anak saya sendiri yang excited nak buka KIDDO dan cuba adventure yang baru. Memang nampak perbezaan.
    Razif
  • I originally thought KIDDO would just be something my daughter uses on her own. Instead, she often asks me to join her and help with an activity. It’s become a really nice little bonding time for both of us.
    Lim Mei Ling
  • KIDDO sangat membantu saya jadikan screen time lebih teratur. Anak masih boleh guna tablet dan telefon, tetapi bukan sekadar tengok video tanpa henti. Ada aktiviti, cabaran dan pembelajaran.
    Halim
  • My son usually doesn’t want to talk about school when he gets home. But with KIDDO, he loves telling us about the challenges he completed. He gets genuinely excited when he figures something out by himself.
    Ahmad Fauzul
  • Anak-anak sekarang memang susah nak jauh daripada skrin. Jadi daripada kita lawan screen time setiap hari, saya rasa lebih baik jadikan screen time sesuatu yang lebih positif. Itu yang saya suka tentang KIDDO.
    Jannah

Harga

Jadikan Screen Time Lebih Bermakna.

Satu bayaran sahaja, oleh anda, orang dewasa. Anak tidak pernah log masuk, tidak pernah nampak harga, dan tidak pernah diminta membeli apa-apa.

⭐ Harga Pelancaran

Harga asal RM39.90.RM29.90

Bayar sekali sahaja.
Akses KIDDO seumur hidup.

  • Akses penuh kepada setiap dunia, pintu dan permainan KIDDO
  • Tiada bayaran bulanan dan tiada bayaran tahunan, bayar sekali sahaja
  • Kemas kini kandungan secara berterusan
  • Boleh guna di telefon, tablet dan komputer riba
  • Tiada iklan dan tiada pembelian dalam aplikasi
Dapatkan KIDDO — RM29.90

Bayar sekali sahaja. Tiada pembaharuan, jadi tiada apa-apa untuk dibatalkan. Pembayaran dikendalikan oleh Billplz. KIDDO tidak pernah melihat atau menyimpan kad anda.

Soalan lazim

Soalan yang ibu bapa selalu tanya.

  • Adakah KIDDO sesuai untuk umur anak saya?

    KIDDO direka untuk anak berumur 4 hingga 8 tahun. Setiap aktiviti ada tiga tahap: Mudah, Sederhana dan Sukar. Jadi anak yang baru mula dan anak yang sudah biasa boleh bermain aktiviti yang sama.

  • Adakah KIDDO menggantikan sekolah atau pembelajaran formal?

    Tidak. KIDDO bukan sekolah dan bukan sukatan pelajaran. Ia sebuah tempat bermain di mana anak mengira, memadan dan mengenal perkataan sambil meneroka. Ia sesuatu untuk dibuat pada waktu screen time, bukan pengganti kelas.

  • Adakah anak perlu menggunakan tablet?

    Tidak. KIDDO dibuka terus di dalam pelayar web, sama ada di telefon, tablet atau komputer riba, tanpa perlu memuat turun apa-apa aplikasi. Skrin yang lebih besar lebih selesa, tetapi telefon pun boleh.

  • Bagaimana KIDDO membantu menjadikan screen time lebih positif?

    Setiap aktiviti ialah satu pusingan pendek lima soalan yang ada penghujungnya, jadi sentiasa ada masa yang sesuai untuk berhenti. Tiada iklan, tiada video yang main sendiri dan tiada apa-apa untuk dibeli. Apa yang anak siapkan tinggal di dalam dunianya, dan anda boleh lihat apa yang diteroka di ruang ibu bapa.

  • Berapa harga KIDDO?

    RM29.90, dibayar sekali sahaja. Itu membuka seluruh KIDDO untuk selamanya. Tiada bayaran bulanan, tiada bayaran tahunan dan tiada pembaharuan.

  • Adakah KIDDO ada iklan atau pembelian dalam aplikasi?

    Tiada iklan, dan tiada pembelian dalam aplikasi. Satu bayaran membuka seluruh KIDDO. Anak tidak pernah nampak harga, iklan atau butang beli.

  • Betulkah ini bayaran sekali sahaja?

    Betul. RM29.90 sekali, dan KIDDO jadi milik anda. Tiada caj bulanan, tiada caj tahunan, tiada tarikh pembaharuan dan tiada kad yang disimpan untuk dicaj lagi.

  • Ada apa-apa yang perlu dibatalkan?

    Tiada. Tiada langganan, jadi tiada apa-apa untuk dibatalkan dan tiada apa-apa yang boleh mencaj anda kali kedua. Pembayaran dikendalikan oleh Billplz, yang menerima FPX perbankan dalam talian dan kad.

  • Apa yang anak boleh buat dalam KIDDO?

    Bermain permainan interaktif: mengira, memadan, mengenal huruf, perkataan, bentuk dan warna, berjumpa haiwan dan meneroka dunia kecil KIDDO. Setiap aktiviti ialah pusingan pendek yang ada penghujungnya.

Jadikan Screen Time Anak Lebih Bermakna.

Berikan anak ruang untuk bermain, meneroka dan belajar, semuanya dalam satu dunia.

⭐ Harga Pelancaran

Harga asal RM39.90.RM29.90

Bayar sekali sahaja.
Akses KIDDO seumur hidup.

Dapatkan KIDDO Sekarang

Tempat bermain yang kecil dan selamat untuk anak berumur 4 hingga 8 tahun, supaya screen time jadi masa untuk bermain, belajar dan meneroka. Satu akaun ibu bapa, tiada iklan, tiada apa-apa dijual kepada anak anda.

© ZWEET ENTERPRISE 2026. Hak Cipta Terpelihara.